Program ini menyediakan sokongan kewangan segera kepada individu dan keluarga yang mengalami kesempitan atau kesulitan kewangan. Bantuan ini bertujuan untuk memberikan kelegaan segera, mengurangkan tekanan kewangan, dan membolehkan mereka memulakan semula kehidupan dengan penuh keyakinan.
Inisiatif Utama :
Dana Kecemasan : Bantuan kewangan segera untuk menampung keperluan asas dan tabung kecemasan penerima.
Bimbingan Kewangan : Laporan kewangan segera untuk individu yang mengalami kesulitan kewangan.
Kami percaya bahawa pendidikan adalah asas kepada masa hadapan yang lebih cerah. Kami komited untuk memastikan pembelajaran yang berterusan bagi membantu rakyat Malaysia mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.
Inisiatif Utama :
Biasiswa : Menawarkan peluang kepada remaja yang bergelut dalam bidang akademik untuk mengikuti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Sambung Belajar : Menyediakan geran untuk individu, terutamanya pekerja sektor kerajaan, yang ingin meneroka bidang pendidikan khususnya kewangan.
Kami menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan dan program pemulihan untuk individu yang memerlukan. Melalui kerjasama dengan hospital, kami berusaha untuk memastikan setiap individu mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan terjamin.
Inisiatif Utama :
Pendermaan : Menyokong program pendermaan darah dan organ untuk menyelamatkan nyawa.
Akses Kesihatan : Bekerjasama dengan klinik tempatan dan penyedia penjagaan kesihatan untuk menawarkan perkhidmatan percuma atau kos rendah, termasuk penjagaan pencegahan dan pemeriksaan kesihatan.
Program ini menyokong rumah perlindungan haiwan yang menjaga dan memulihkan haiwan-haiwan yang terbiar dan terbuang. Kami komited untuk memastikan haiwan-haiwan ini mendapat perlindungan, penjagaan, dan peluang untuk diadopsi ke rumah yang penyayang.
Inisiatif Utama :
Perlindungan Haiwan / Pemulihan : Menyediakan sokongan untuk rumah perlindungan haiwan bagi menjaga dan memulihkan haiwan terbiar dan terbuang.
Rumah Perlindungan Kucing : Menubuhkan rumah perlindungan kucing kami sendiri untuk memastikan standard penjagaan yang tinggi dan berterusan.
Program Lestari Rakyat adalah inisiatif kewangan yang memberi fokus untuk memahami keperluan dan cabaran kewangan profesional Malaysia dengan lebih mendalam. Kami menyediakan bimbingan untuk membantu mereka mencapai kestabilan kewangan dan membina kehidupan yang lebih baik.
Inisiatif Utama :
Program Lestari Bantuan : Menawarkan program pemulihan dan pendidikan kewangan untuk membantu individu mencapai kestabilan kewangan berpanjangan.
Program Lestari Rezeki : Dengan menyokong rezeki, anda memberi peluang kedua kepada komuniti Malaysia untuk bangkit dari cabaran kewangan.
Kami membantu individu di kawasan luar bandar mendapatkan pekerjaan yang stabil dan sesuai dengan kemahiran mereka. Program ini termasuklah bengkel kerjaya dan peluang latihan amali.
Inisiatif Utama :
Bengkel Kerjaya : Menawarkan kaunseling kerjaya, bengkel penulisan resume, dan persediaan temuduga kerja.
Program Perantis dan Latihan Amali : Bekerjasama dengan organisasi untuk menyediakan peluang latihan amali dan peluang pekerjaan.
Program bantuan kebajikan kami menyediakan sokongan kepada individu dan keluarga yang memerlukan perumahan sementara dan pembangunan komuniti yang lestari. Kami bekerja rapat dengan kerajaan dan organisasi untuk memastikan kesejahteraan komuniti.
Inisiatif Utama :
Pembangunan Infrastruktur : Menyokong pembangunan infrastruktur untuk memperbaiki kualiti hidup komuniti dan potensi ekonomi negara.
Latihan Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Bencana : Menyediakan latihan kesiapsiagaan untuk menghadapi dan berdaya tahan terhadap bencana.
Kami komited untuk melindungi alam sekitar melalui pelbagai inisiatif yang menyokong kelestarian. Program ini termasuk projek pemuliharaan, pendidikan alam sekitar, dan pembaharuan tenaga.
Inisiatif Utama :
Projek Pembaharuan Tenaga : Melaksanakan projek pembaharuan tenaga untuk mengurangkan kesan karbon.
Inisiatif Komuniti Hijau : Menyediakan pendidikan tentang amalan kehidupan lestari, projek pemuliharaan alam sekitar, dan gotong royong pembersihan komuniti.
Kami menyediakan sokongan kewangan segera sebagai langkah kritikal untuk mengurangkan tekanan dan bina semula kehidupan.
Kami juga menawarkan bimbingan pengurusan kewangan dengan kerjasama pegawai kewangan untuk membantu mencapai kestabilan kewangan.
Kami percaya pembelajaran berterusan adalah kunci kejayaan bagi remaja dan dewasa.
Program kami menawarkan biasiswa dan menganjurkan bengkel serta seminar untuk mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi cabaran masa depan.
Kami percaya kemajuan sosial adalah inklusif dan bertujuan meningkatkan gaya hidup warga Malaysia.
Program kami menangani pelbagai isu komuniti jangka pendek dan jangka panjang melalui pembangunan yang lestari dan menyokong.
Transformasikan Hidup anda bersama YABAM
Meminta bantuan adalah tanda bahawa anda berani mengambil tanggungjawab untuk kesejahteraan diri dan keluarga anda.
Semakan dan Pengesahan
Menerima Bantuan Kewangan
Menyertai Program Bimbingan
Mencapai Kestabilan Hidup
DR. MUHAMMAD FATHI BIN ALI (40)
DOKTOR PERUBATAN, KUALA LUMPUR
HAYATI BINTI YAHYA (47)
PEGAWAI KANAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, SELANGOR
MOHD KHAIRULFAIZ BIN TAHIR (44)
GURU, MELAKA
Sapira binti Samat@Yusoff (46)
GURU, KELANTAN
ROZAMIRA BINTI RAZALI (42)
GURU, KELANTAN
VO-592, Unit 39-02 (East Wing), Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.
Website : https://yabam.org.my/
Email : [email protected]