Pengenalan

YABAM ditubuhkan dengan semangat kemanusiaan dan tanggungjawab sosial, bertujuan untuk menjawab keperluan mendesak dalam masyarakat. Kami sedar bahawa ramai individu melakukan kesilapan dalam kehidupan mereka, tetapi kami percaya bahawa satu kesilapan tidak seharusnya menjejaskan seluruh kehidupan seseorang. Setiap orang layak mendapat peluang kedua.

Pengasas kami menyaksikan sendiri bagaimana kesilapan boleh mengubah perjalanan hidup seseorang dan melihat ramai yang terperangkap dalam pengurusan kewangan yang lemah dan ketidakpastian.

Terinspirasi oleh kisah-kisah ini, beliau memutuskan untuk mendirikan YABAM sebagai sebuah yayasan yang bukan sahaja memberikan bantuan kewangan segera tetapi juga menyediakan sokongan jangka panjang melalui pendidikan dan pembangunan komuniti. Kami menggalakkan orang ramai untuk tidak berputus asa dan berani untuk mengakui kesilapan serta meminta bantuan.

Kami percaya bahawa dengan bimbingan yang tepat dan bantuan kewangan, kehidupan seseorang boleh diubah sepenuhnya dan selama-lamanya.

Tentang YABAM

Di Yayasan Amanah Bantuan Awam Malaysia (YABAM), kami percaya bahawa setiap individu berhak mendapat peluang kedua untuk membina kehidupan yang lebih baik. Kami berdedikasi untuk menyediakan bantuan menyeluruh kepada komuniti, dengan memberi sokongan kritikal sebagai langkah pertama ke arah mendapatkan peluang kedua.

Visi

Menjadi badan bukan kerajaan (NGO) yang terkemuka di Malaysia yang berdedikasi mencipta perubahan positif dalam kehidupan individu mahupun komuniti melalui pemerkasaan peluang kedua bagi mencipta kestabilan masa hadapan yang berkekalan.

Misi

Menyediakan bantuan yang komprehensif kepada komuniti Malaysia dengan menawarkan peluang kedua dan merangsang kestabilan pembangunan melalui bantuan individu serta komuniti bagi memulakan kehidupan baru dan mencapai kestabilan jangka masa panjang.

Nilai Teras

Kemaafan

Kami percaya akan kuasa memaafkan dalam usaha memupuk pertumbuhan dan keharmonian.

Peluang Kedua

Kami berdedikasi untuk menyediakan peluang kedua yang adil dan bermakna kepada individu untuk membina semula kehidupan mereka.

Kelestarian

Kami fokus dalam mencipta penyelesaian yang lestari bagi membina impak positif dan merangsang pertumbuhan komuniti untuk jangka masa panjang.

Prinsip Panduan

Keputusan Yayasan Amanah Bantuan Awam Malaysia dibentuk berdasarkan prinsip panduan berikut :

Komitmen kepada Kesejahteraan Masyarakat :

Setiap langkah yang diambil adalah untuk memperbaiki kehidupan masyarakat.

Ketelusan dan Akauntabiliti :

Setiap sumbangan dan tindakan dilaksanakan dengan jujur dan penuh tanggungjawab.

Inovasi untuk Keberkesanan :

Melalui inovasi, segala penambahbaikan dapat dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan setiap program.

YABAM berdedikasi untuk memberikan impak yang berkekalan melalui inisiatif yang bermakna dan menyokong. Kami percaya setiap individu berhak mendapat peluang kedua, dan melalui usaha bersama, kita boleh mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.

NO.G-01-02, G-02-02, G-01-03, G-02-03, G-01-04 & G-02-04, Damen USJ Komersil, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Yayasan Amanah Bantuan Awam Malaysia

(PPM-022-10-05072016)

G-01-07 Damen USJ 1,

Jalan Kewajipan USJ 1,

47600 Subang Jaya, Selangor.


Website : https://yabam.org.my/
Email : [email protected]

© Copyright 2024 Yayasan Amanah Bantuan Awam Malaysia (PPM-022-10-05072016). All Rights Reserved.